*Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim_.
? *Tarikh lahir :* _Subuh hari Senin, 12 Rabiulawal_ bertepatan dengan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’bah)
? *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
? *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
? *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
? *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah Saw.).
? *Ibu susu pertama* : Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
? *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
 *USIA 5 TAHUN*
? _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah Saw. yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bagian setan yang wujud di dalam hatinya.
 *USIA 6 TAHUN*
? _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh kakeknya, Abdul Muththalib.
 *USIA 8 TAHUN*
? _Kakeknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda diasuh pula oleh saudara bapaknya, Abu Thalib.
 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
? Bersama saudara bapaknya, Abu Thalib bermusafir ke Syam untuk urusan perniagaan.
? Di kota Basrah, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang lahir pada masa itu.
 *USIA 20 TAHUN*
? Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan bahwa ketika itu usia Nabi Muhammad Saw. 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah.
? Menyaksikan ‘perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
*USIA 25 TAHUN*
? Bermusafir kali kedua ke Syam untuk urusan perniagaan barang-barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
? Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
? Baginda Saw. bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang pamannya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
? Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
 *USIA 35 TAHUN*
? Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.
? Pembinaan Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
? Rasulullah Saw. diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
 *USIA 40 TAHUN*
? Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pengangkatan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*USIA 53 TAHUN*
? Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
? Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
*USIA 63 TAHUN*
? Wafatnya Rasulullah Saw. di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
? Khadijah Binti Khuwailid.
? Saudah Binti Zam’ah.
? Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
? Hafsah binti ‘Umar (anak Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab).
? Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
? Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
? Zainab Binti Jahsy.
? Maimunah Binti Harith.
? Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
? Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH Saw.*
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
*ANAK TIRI RASULULLAH Saw.*
? Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH Saw.*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
*BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH Saw.*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah Saw.:*
_”Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersamaku di dalam surga”_
(Riwayat Al-Sajary dari Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad Saw. – Manusia agung
 *KENALI NABI MUHAMMAD Saw. SECARA LAHIRIAH*
? Begitu indahnya sifat fisikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kali bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
? Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah Saw..
? Aku melihat cahaya dari lidahnya.
? Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
? Rasulullah Saw. jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
? Rasulullah Saw. umpama matahari yang bersinar.
? Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah Saw.
? Apabila Rasulullah Saw. berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
? Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
? Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
? Wajahnya seperti bulan purnama.
? Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
? Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
? Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
? Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
? Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
? Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
? Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
? Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
? Janggutnya penuh dan tebal menawan.
? Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
? Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
? Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
? Rambutnya sedikit ikal.
? Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
? Rambutnya terbelah di tengah.
? Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut memujur dari dada ke pusat.
? Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
? Seimbang antara kedua bahunya.
? Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
? Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
? Betisnya tidak lembut tetapi cantik.
? Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
? Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
? Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
? Warna putihnya lebih banyak.
? Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
? Warna kulitnya putih tapi sehat.
? Kulitnya putih lagi bercahaya.
? Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
? Badannya tidak gemuk.
? Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
? Perutnya tidak buncit.
? Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
 *KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad Saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
About Author: admin